31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

SPRM sahkan tahan tiga pegawainya sendiri

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menahan tiga pegawainya bagi membantu siasatan dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes terhadap seorang bekas ketua jabatan.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, ketiga-tiga pegawai terbabit telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya dan ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah selama enam hari bermula 14 hingga 19 September lepas.

“SPRM tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pegawainya yang terlibat dalam sebarang perbuatan jenayah serta akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya perbuatan itu benar berlaku.

“Siasatan menyeluruh sedang dijalankan dan kami berharap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini kerana ia akan menjejaskan siasatan,” katanya hari ini.

Sebelum ini, tular satu laporan sebuah blog tempatan mendakwa tiga pegawai kanan SPRM direman enam hari bermula 14 September lalu bagi membantu siasatan berhubung kecurian wang tunai milik seorang individu yang disiasat kerana menyalah gunakan kuasa dan penyelewengan dana pada 2018.

Advertisements

Wang tunai itu didakwa dirampas oleh SPRM di sebuah kondominium di Cyberjaya.

Individu terbabit dikatakan sudah dilepas tanpa bebas oleh mahkamah dan mahu menuntut semula wang tunai yang dirampas itu namun ia hanya tinggal sebahagian dengan selebihnya adalah wang palsu.

Penulis blog itu mendakwa individu itu membuat satu laporan polis namun polis tidak berani menjalankan siasatan, sebaliknya membiarkan SPRM menjalankan siasatan dalaman.

Dia turut mendakwa, tiga pegawai kanan itu direman selama enam hari namun kes itu ‘disenyapkan’ oleh pihak SPRM.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan