31.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

1,191 pesakit aktif di ICU, 376 kes kematian

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sejumlah 1,191 pesakit aktif COVID-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) meningkat berbanding semalam, berdasarkan data dari laman web COVIDNOW setakat semalam.

Ia turut membabitkan kadar pengunaan keseluruhan sebanyak 76.6 peratus (73.9 peratus kadar penggunaan COVID-19).

Semalam, sebanyak 1,164 pesakit aktif COVID-19 dirawat di ICU.

Terdapat sejumlah 11,277 pesakit COVID-19 aktif diwadkan membabitkan jumlah sebanyak 66.1 peratus kadar penggunaan bagi pesakit atau (69.8 peratus keseluruhan).

Sementara, pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan yang aktif adalah seramai 662 orang, menurun berbanding semalam (690 orang) dengan kadar penggunaan keseluruhan sebanyak 51.5 peratus.

Sehingga semalam, terdapat pertambahan kes kematian iaitu sebanyak 376 kes direkodkan, menjadikan jumlah keselurhhan sebanyak 23,443 kes kematian COVID-19 sehingga kini.

Sebanyak 75 kes pula meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) menjadikan jumlah kematian BID sebanyak 4,472 kes.

Baca juga:   Dituduh eksploitasi pakaian tradisi India, Mira Filzah minta maaf

Terdapat 210, 468 kes aktif melibatkan 174,548 kes dikuarantin di rumah (82.9 peratus) , 23,452 kes (11.1 peratus) di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID -19 (PKRC), 11,339 kes di hospital (5.4 peratus) , 529 kes (0.3 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 662 kes (0.3 peratus) di ICU dengan bantuan pernafasan.

Terdahulu, Edisi 9 melaporkan sebanyak 14,954 kes positif COVID-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kes di seluruh negara mencecah 2,097,830 kes. – Edisi 9

Baca juga:   Kes sembuh bertambah; 78 kematian dilaporkan

Wartawan

Terkini

Arab Saudi hadiah 35 tan kurma, al-Quran untuk Malaysia

KERAJAAN Arab Saudi hari ini menyampaikan sumbangan 35 tan kurma di bawah program Hadiah Penjaga Dua Tanah Haram Raja...

Lagi Artikel Berkaitan