30.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Video tular rosak fasiliti air, menteri minta salur maklumat pelaku

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Pelaku yang imejnya dirakam dalam video tular membabitkan sepasang individu melalui koridor kedai lalu merosakkan fasiliti bekalan air kini sedang dijejaki.

Bagaimanapun dalam video yang dirakam dari kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 19 saat itu tidak dinyatakan lokasi kejadian namun tarikh yang terpapar berlaku pada 9 April lalu sekitar pukul 3.19 petang.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan di Facebooknya menegaskan perbuatan individu yang melakukan vandalisme terhadap fasiliti bekalan air adalah satu kesalahan jenayah.

“Sangat menjengkelkan. Pelaku sedang dijejak. Jika sesiapa mempunyai maklumat, sila maklumkan kepada Unit Penguatkuasaan SPAN (Whatsapp 0133885000),” kongsinya hari ini.

Advertisements

Dalam video berkenaan, seorang lelaki dan wanita dewasa lengkap memakai pelitup muka melalui koridor deretan kedai berkenaan.

Secara tiba-tiba lelaki yang memakai topi dan berseluar pendek bertindak memijak pili air sehingga patah lalu berlari meninggalkan lokasi berkenaan.

Tindakan berkenaan mendapat kecaman netizen dan berharap agar perlakunya dapat dikenakan tindakan setimpal.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Kasino di Forest City: Chegu Bard ditahan reman dua hari

BADRUL Hisham Shaharin atau Chegu Bard direman susulan membuat hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan...

Lagi Artikel Berkaitan