31.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

Wanita rugi RM2,300 terpedaya iklan emas di Facebook

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Seorang wanita warganegara Thailand di Pahang terpaksa berputih mata apabila mengalami kerugian sebanyak RM2,300 selepas terpedaya jual beli emas tidak wujud yang diiklankan melalui Facebook Selasa lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, peniaga kuih berusia 34 tahun itu tertarik untuk membeli seutas rantai kaki berharga RM300 yang diiklankan.

Menurutnya, mangsa menghubungi penjual dan bersetuju untuk membeli barang kemas itu pada harga yang ditawarkan dan membuat bayaran pada Rabu melalui akaun bank atas nama seorang lelaki.

“Selepas bayaran dibuat, penjual berjanii akan menghantar barang kemas itu pada hari berikutnya,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Mohd Wazir berkata, mangsa kemudian menerima panggilan daripada seorang individu memperkenalkan diri sebagai pekerja syarikat kurier dari Johor Bahru meminta wanita itu membuat bayaran RM2,000 sebagai wang jaminan sementara.

Baca juga:   12 sungai berada pada paras bahaya sehingga 8 malam tadi

“Mangsa membuat bayaran seperti yang diminta ke akaun bank yang diberikan atas nama individu berbeza.

“Pada petang hari yang sama, mangsa dihubungi pekerja syarikat kurier tersebut meminta dia membuat bayaran RM2,000 lagi atas alasan kiriman atas namanya itu terbabit dengan kes polis,” katanya.

Menurutnya, mangsa tidak mempunyai wang untuk membuat bayaran itu lalu mengambil keputusan membatalkan pembelian dan minta wangnya dikembalikan.

“Mangsa diminta menjelaskan dulu bayaran tersebut sebelum proses pemulangan kembali wangnya dilakukan.

Baca juga:   12 sungai berada pada paras bahaya pagi ini - JPS

“Wanita itu mula mengesyaki telah ditipu dan membuat laporan polis di Balai Polis Mentakab pada Sabtu,” katanya.

Tambah beliau, hasil semakan ke atas nombor akaun yang digunakan mendapati salah satunya turut dikaitkan dengan lima laporan polis berhubung kes tipu sebelum ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Sokong pertukaran lebih besar Pandu Puteri Malaysia-Singapura

PRESDIEN Singapura Halimah Yacob memaklumkan akan menyokong saranan untuk mengadakan pertukaran yang lebih besar antara pergerakan Pandu Puteri negaranya...

Lagi Artikel Berkaitan