Thursday, June 4, 2026

Mayat wanita ditemukan tergantung di kipas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEREMBAN – Mayat seorang wanita ditemukan dalam keadaan tergantung di kipas sebuah rumah di Taman Teratai, Senawang di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian tersebut pada pukul 5.59 petang semalam.

Katanya, daripada pemeriksaan lanjut menemukan kesan calar di pergelangan tangan kiri disyaki mencederakan diri.

“Mangsa yang berusia 33 tahun itu disahkan meninggal dunia kira-kira satu hingga dua jam sebelum ditemukan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Mohd. Said, mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk proses bedah siasat.

“Setakat ini tiada sebarang unsur jenayah dikesan dan kes di siasat dibawah laporan mati mengejut,”katanya. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan