27.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Daerah Pahang, Johor alami hujan berterusan, 37,567 mangsa terjejas banjir

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada pagi ini mengeluarkan amaran cuaca buruk yang membawa hujan lebat berterusan di beberapa daerah di Pahang dan Johor sepanjang hari ini.

Menurut kenyataan yang dimuatnaik di Facebook agensi itu, amaran cuaca buruk peringkat jingga tersebut dijangka membabitkan daerah Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang.

Bagi Johor, daerah terjejas ialah Segamat, Mersing dan Kota Tinggi.

Selain itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran cuaca peringkat kuning iaitu hujan lebat dijangka berlaku melibatkan seluruh jajahan di Kelantan.

Amaran waspada hujan lebat itu turut melibatkan kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.

Advertisements

Di Johor, daerah terbabit dengan amaran waspada hujan lebat adalah di Kluang, Kulai dan Johor Bahru.

Selain itu, situasi waspada hujan lebat juga dijangka berlaku di Dungun, Kemaman di Terengganu manakala Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh dan Maran di Pahang sehingga Sabtu ini.

Sementara itu, aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam kemaskini setakat pukul 9.30 pagi menyatakan, sebanyak 417 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dalam tempoh ini di enam buah negeri.

Sebanyak 37,567 mangsa banjir dari 10,0021 keluarga ditempatkan di PPS di Pahang, Johor, Kelantan, Terengganu, Perak dan Sabah.

Pahang mencatatkan jumlah terbanyak PPS dibuka dengan 284 buah membabitkan 24,368 mangsa.

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan