25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Agong bantu Raja Permaisuri masak untuk mangsa banjir

Mesti Baca


KUANTAN – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenaan mencemar duli membantu Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memasak untuk mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Seri Damai di sini.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membantu Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memasak untuk mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Seri Damai di Kuantan. Foto FACEBOOK ISTANA NEGARA


Menerusi laman Facebook rasmi Istana Negara, Seri Paduka Baginda berangkat tiba ke PPS berkenaan setelah berkenan melawat dan meluangkan masa menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Wisma Belia dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Sg. Isap, Kuantan.

Sudah menjadi kelaziman bagi Raja Permaisuri Agong menyingsing lengan baju menyediakan makanan kepada mangsa banjir di negeri Pahang.

Advertisements

Sentuhan Yang di-Pertuan Agong dan air tangan Raja Permaisuri Agong mencerminkan keperibadian dan keprihatinan tinggi Seri Paduka Baginda terhadap mangsa banjir dan golongan yang memerlukan bantuan.

Seramai 128 orang daripada 49 keluarga telah dipindahkan di PPS ini setelah kediaman mereka dilanda banjir akibat hujan berterusan sejak Sabtu lalu.

Seri Paduka Baginda berdua mengajak seluruh rakyat bersama Baginda mendoakan agar bencana banjir yang melanda beberapa negeri pada ketika ini tidak berpanjangan sehingga mengorbankan nyawa dan harta benda.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan