28.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

Arab Saudi henti semua rundingan normalisasi dengan Israel

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ARAB Saudi mengumumkan akan hentikan semua rundingan untuk menormalisasi hubungan dengan Israel.

Keputusan itu dimaklumkan kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Anthony Blinken yang menjadi pengantara rundingan damai dan hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Memetik laporan SAMAA TV, keputusan Arab Saudi untuk menghentikan rundingan telah menimbulkan persoalan mengenai masa depan diplomasi serantau dan keamanan Timur Tengah.

Bagaimanapun, laporan itu berkata, sebab di sebalik keputusan itu masih belum difahami sepenuhnya, tetapi spekulasi menunjukkan bahawa peningkatan keganasan baru-baru ini antara Israel dan Palestin mungkin telah memainkan peranan.

Advertisements

Amerika Syarikat (AS) secara aktif telah menggalakkan negara-negara Arab untuk menjalinkan hubungan dengan Israel dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Menerusi Perjanjian Abraham 2020 menyaksikan beberapa negara Arab, termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, dan Sudan, menjalin hubungan diplomatik dengan Israel.

Pada September lalu, Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman berkata normalisasi hubungan diplomatik antara negaranya dengan Israel saban hari semakin hampir.

Bagaimanapun, beliau mahu isu Palestin diselesaikan terlebih dahulu. – Agensi

Advertisements

Terkini

Fahmi kecam Meta turunkan bahan Anwar jumpa pemimpin Hamas

KERAJAAN Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan Meta menurunkan bahan yang dimuat naik oleh media tertentu ke media sosial berhubung pertemuan...

Lagi Artikel Berkaitan