32.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Calon Pemuda UMNO menang PRN akan dinilai KPI

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MANA-MANA calon dari Pemuda UMNO yang mewakili Barisan Nasional (BN) jika diangkat menjadi wakil rakyat selepas Pilihan Raya Negeri (PRN), akan diberi petunjuk prestasi utama (KPI) untuk menjalankan tanggungjawab sebagai yang berkhidmat.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, KPI itu akan dinilai secara berkala berdasarkan survey sentimen rakyat tentang pencapaian perkhidmatan tanpa makluman awal kepada wakil rakyat.

“Mana-mana yang tidak menepati KPI akan dipanggil dan diberi amaran serta tindakan akan diambil. Saya amat tegas dalam perkara ini.

Advertisements

“Sebelum mahu kita digelar Yang Berhormat, perkara yang wajib adalah mesti menjadi yang berkhidmat terlebih dahulu,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Beliau juga mengingatkan pemimpin yang dipilih mesti membawa suara rakyat, bukan hanya suara pemimpin atasan.

“Terima kasih warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang dan sahabat saya ketua Pemuda UMNO Selangor dan juga calon BN di Sungai Panjang. Kita berusaha Allah menentukan,”ujar beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua lelaki cuba ceroboh Istana Negara melalui Pintu 3 ditahan

DUA lelaki warga tempatan ditahan selepas cuba menceroboh Istana Negara, Kuala Lumpur dengan alasan untuk berjumpa Yang di-Pertuan Agong,...

Lagi Artikel Berkaitan