29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Presiden Filipina lawat Malaysia hari ini

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN Filipina, Ferdinand R. Marcos Jr. dijadual mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama dua hari bermula hari ini.

Kementerian Luar Negeri (KLN) berkata, ini merupakan lawatan sulung pemimpin nombor satu Filipina itu ke negara ini dan akan diringi isterinya, Louise Araneta-Marcos.

Katanya, delegasi Marcos Jr. juga akan disertai oleh setiausaha-setiausaha Kabinet, ahli-ahli politik serta pegawai kanan Kerajaan Filipina.

“Marcos Jr. akan diberikan sambutan negara oleh Yang di-Pertuan Agong, AI-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada 26 Julai.

Advertisements

“Selepas itu, Marcos Jr. dijadual akan mengadakan kunjungan mengadap ke atas Yang di-Pertuan Agong, disusuli dengan satu Majlis Santapan Negara bagi meraikan Presiden Filipina serta delegasi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, Marcos Jr. juga dijadualkan bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mana kedua-dua pemimpin dijangka akan bertukar pandangan mengenai isu-isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

“Lawatan ini menggambarkan jalinan persahabatan dan hubungan era antara kedua-dua negara selaku jiran rapat serta negara anggota ASEAN, termasuk menerusi pertukaran lawatan di tahap tertinggi seperti lawatan rasmi Perdana Menteri ke Manila pada Mac lalu,” katanya.

Filipina merupakan rakan dagangan dunia ke-15 terbesar Malaysia dan kelima terbesar dalam kalangan negara-negara anggota ASEAN tahun lalu dengan jumlah dagangan bernilai RM41.45 bilion, dengan peningkatan sebanyak 20.1 peratus berbanding jumlah dagangan pada 2021. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan