25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

The 1975 tinggalkan Malaysia selepas buat persembahan

PDRM tidak sempat mengambil tindakan ke atas kumpulan terbabit sebab laporan polis dibuat esoknya

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KUMPULAN pop rock The 1975 yang berkelakuan tidak senonoh di pentas Good Vibes 2023 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Sepang, Jumaat lalu pulang ke negara asal selepas enam jam buat persembahan.

Disebabkan itu, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, polis tidak sempat mengambil tindakan terhadap kumpulan berkenaan.

Menjelaskan perkara tersebut, beliau berkata, insiden berlaku pada lebih kurang pukul 11.30 malam namun laporan polis diterima esoknya pada pukul 2 petang.

“Kumpulan The 1975 telah berlepas pulang lebih awal iaitu pada pukul 5.30 pagi, 22 Julai lalu.

“Ramai mempertikaikan kenapa polis tidak ambil tindakan cepat. Bukannya kita tidak mahu bertindak, tetapi Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak sempat sebab laporan polis dibuat esoknya pukul 2 petang,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bendera bagi Kejohanan World Police and Fire Games, di Bukit Aman, hari ini.

Ayob berkata, setakat ini polis telah menerima sebanyak 18 laporan polis, lapan di Selangor manakala 10 laporan lagi dari kontinjen luar.

“Sebanyak 13 rakaman percakapan diambil di mana enam daripadanya adalah keterangan pengadu, satu daripada penganjur dan enam keterangan Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal),”katanya.

Advertisements

Sehubungan dengan itu, katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Beliau berkata, PDRM akan berurusan dengan pihak berkuasa UK sekiranya terdapat proses pendakwaan.

“Kesalahan ini adalah kesalahan yang dilakukan di negara ini, jadi kita tidak boleh memohon notis merah daripada Polis Antarabangsa (Interpol) kecuali melibatkan kesalahan yang besar, kita akan berurusan dengan pihak UK.

“Saya yakin selepas ini Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem Dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) akan lebih berhati-hati,” katanya.

Terdahulu, persembahan kumpulan The 1975 itu dihentikan susulan tindakan biadab vokalisnya Matty Healy yang menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia dan memperlekehkan undang-undang negara pada Festival Good Vibes yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor, pada Jumaat.

Bukan itu sahaja, vokalisnya turut memegang botol arak ketika berada di atas pentas selain membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kemenangan Sock Tao bukti rakyat tolak politik kebencian

KEMENANGAN calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao dari Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu...

Lagi Artikel Berkaitan