26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

PN muktamad agihan kerusi, Pas terbanyak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERIKATAN Nasional (PN) telah memuktamadkan pengagihan kesemua 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, akan datang.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yasin, berkata, daripada jumlah itu, Pas memperoleh 126 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Ini sekali gus menjadi parti komponen yang menerima kerusi terbanyak.

“Sementara itu, Bersatu pula akan bertanding di 83 kerusi DUN, dan Gerakan di 36 kerusi.

Advertisements

“Semua kerusi sudah dimuktamadkan. Di peringkat negeri, pengumuman akan juga dibuat nanti supaya ahli parti di negeri-negeri tahu untuk menyusun jentera supaya berjalan dengan lancar,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PN, hari ini.

Beliau berkata, setiap kepimpinan parti khususnya di peringkat negeri, akan menentukan kriteria calon-calon untuk dipilih bertanding dalam PRN akan datang.

Enam negeri yang akan mengadakan PRN adalah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Guru bersahsiah mulia asas pendidikan berkualiti

Oleh DZULFAIDHI HAKIMIE DZULRAIDI GURU sebagai agen utama sistem pendidikan memegang peranan yang penting dalam membentuk generasi akan datang. Namun, menjadi...

Lagi Artikel Berkaitan