27.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

City cabar Arsenal untuk dapatkan Rice

Penyokong The Gunners bimbang situasi dejavu Mykailo Mudryk berlaku sekali lagi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

WEST Ham United menjangkakan juara treble, Manchester City akan melakukan bidaan bagi mendapatkan Declan Rice.

Itu disebabkan pemain utama The Citizen, Ilkay Gundogan mengambil keputusan meninggalkan Stadium Etihad untuk menyertai kelab gergasi Sepanyol, Barcelona.

Arsenal telah mengemukakan dua tawaran bagi mendapatkan pemain tengah England itu namun ditolak The Hammers.

Tawaran kedua Arsenal adalah sebanyak RM475.5 juta namun ditolak West Ham yang meletakkan nilai Rice mencecah RM594 juta.

Advertisements

Dengan saingan yang mungkin diberikan City, The Gunners dijangka akan meningkatkan tawaran seperti yang diminta Pengerusi West Ham, David Sullivan dalam masa terdekat.

Di media sosial, segelintir penyokong Arsenal mula menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kelab yang mengambil masa lama untuk mendapatkan Rice, sehingga disaing juara Eropah tersebut.

Mereka melabel kejadian yang berlaku seakan dejavu, sama seperti bagaimana Chelsea merampas Mykhailo Mudryk dari genggaman mereka susulan tindakan sambil lewa Arsenal dalam rundingan perpindahan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bukan bumiputera masuk UiTM: KPT masih pegang teguh Akta 173

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) masih berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan menurut...

Lagi Artikel Berkaitan