34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Milan sedia rampas Lukaku dari Inter

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AC MILAN mempertimbang untuk merampas Romelu Lukaku daripada Inter Milan pada jendela perpindahan musim panas ini.

Lukaku yang menghabiskan tempoh semusim dipinjamkan ke Inter enggan kembali ke Chelsea dan menyatakan mahu kekal dipinjamkan ke kelab tersebut.

Bagaimanapun, akhbar Itali, Gazzetta dello Sport melaporkan Rossoneri sedia melakukan perpindahan sensasi membawa masuk penyerang antarabangsa Belgium itu untuk digandingkan bersama Olivier Giroud.

Lapor akhbar berkenaan, Milan bersedia mendapatkan Lukaku secara tetap berbanding terma pinjaman yang dikemukakan Inter, tawaran yang lebih menarik minat Chelsea.

Dengan Sandro Tonali yang semakin hampir menyertai Newcastle United, Milan dilaporkan bersedia melabur semula yuran perpindahan pemain itu untuk mendapatkan penyerang itu.

Advertisements

Terdahulu, terdapat minat daripada kelab Arab Saudi ke atas Lukaku namun bekas penyerang Manchester United dan Everton itu tidak berminat berhijrah ke Asia Barat.

Kini saingan antara dua kelab yang berkongsi stadium yang sama di San Siro itu sengit dan pastinya tekanan akan lebih terarah kepada Inter yang bergelut dengan isu kewangan.

Presiden Inter, Steven Zhang baru-baru ini memberi bayangan Lukaku akan kekal di ibu kota Milan.

“Lukaku sayangkan Inter, itu sangat jelas. Dia merupakan insan yang hebat namun masih terikat kontrak dengan Chelsea.

“Kami perlu menunggu dan berbincang dengan Chelsea bagi memastikan masa depan Lukaku (di sini) jelas,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Rondaan Maritim Malaysia jadikan perairan negara lebih selamat

PENINGKATAN penguatkuasaan dan rondaan yang dilaksanakan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menjaga keselamatan perairan negara telah menjadikan...

Lagi Artikel Berkaitan