28.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

Felda nafi Teresa Kok pengerusi baharu

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

LEMBAGA Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menafikan terdapat sebarang lantikan pengerusi baharu seperti yang tular di media sosial.

Kenyataan itu dimuat naik menerusi hantaran Facebook, sekali gus menafikan poster yang tular kononnya Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dilantik sebagai Pengerusi Felda baharu.

“Tiada sebarang pengumuman rasmi berkenaan pelantikan Pengerusi Felda yang baharu sehingga hari ini. 

“Sebaran poster adalah tidak berkaitan,” jelas Felda hari ini.

Advertisements

Tular di media sosial satu poster yang memaparkan wajah Teresa dengan ucapan tahniah kepada Ahli Parlimen Seputeh itu susulan pelantikannya sebagai Pengerusi Felda yang baharu.

Terdahulu, Pengerusi Felda, Tan Sri Idris Jusoh menerusi Facebook mengesahkan pengunduran beliau daripada jawatan berkenaan berkuat kuasa 30 Jun ini.

Menurut bekas Menteri Besar Terengganu itu, tindakan itu diambil selepas menerima keputusan daripada Pejabat Perdana Menteri bagi memberi laluan kepada lantikan pengganti baharu.

Idris dilantik sebagai Pengerusi Felda dan Pengerusi Lembaga Pengarah agensi itu, berkuat kuasa 1 Mei 2020. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bukan bumiputera masuk UiTM: KPT masih pegang teguh Akta 173

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) masih berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan menurut...

Lagi Artikel Berkaitan