26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 15, 2025

Tang Jie-Ee Wei ke separuh akhir Jelajah Dunia Akhir WBF

Mesti Baca

BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menempah slot m ke separuh akhir Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 selepas meraih kemenangan kedua dalam aksi Kumpulan B di Hangzhou, China sebentar tadi.

Turun sebagai beregu kelapan dunia, beregu profesional negara itu tidak berdepan masalah untuk menjinakkan Dejan Ferdinansyah Gloria-Emanuelle Widjaja.

Mereka mencipta kemenangan 21-17, 21-18 ke atas pasangan Indonesia yang berada di ranking ke-13 dunia itu untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir.

Kemenangan itu menyaksikan rekod pertemuan Tan Jie-Ee Wei berdepan Dejan-Emanuelle menjadi satu sama. 

Sementara itu, peluang satu lagi pasangan negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai kembali terbuka selepas melakar kemenangan hari ini.

Mereka menewaskan beregu Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito 21-14, 21-15 dalam tempoh 35 minit.

Advertisements

Esok, mereka akan turun berdepan Dejan-Emanuelle untuk perlawanan terakhir Kumpulan B dengan misi wajib menang. 

Soon Huat-Shevon dan Dejan-Emanuelle ketika ini masing-masing mencatatkan satu kemenangan satu tewas.

Bagaimanapun hasrat melihat wakil tunggal negara dalam kategori beregu wanita untuk ke separuh akhir tidak kesampaian apabila mereka mengalami kekalahan kedua hari ini.

Pearly Tan-M.Thinaah gagal untuk mengatasi beregu India, Treesa Jolly-Gayatri Gopichand Pullela untuk tunduk 21-19, 21-19 dalam masa 46 minit.

Semalam, Pearly-Thinaah juga tewas dalam aksi pertama Kumpulan A berdepan jaguh Jepun, Chiharu Shida-Nami Matsuyama 21-13, 17-21, 18-21. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan SARA disalur kepada 700,000 penerima mulai esok

DALAM usaha berterusan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar, Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri...

Lagi Artikel Berkaitan