23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 18, 2025

Piala Mitsubishi Electric: Paulo Josue selamatkan ‘maruah’ negara

Mesti Baca

PEMAIN naturalisasi, Paulo Josue menjadi penyelamat maruah skuad Harimau Malaya apabila dua jaringannya di separuh masa kedua berjaya membawa tiga mata ketika berdepan Timor-Leste dalam kejohanan Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Turun sebagai pasukan di tangga ke-132 dunia, skuad Harimau Malaya berjaya mendahului pasukan pelawat pada minit ke-38 menerusi Shafiq Ahmad.

Gol tersebut tercipta apabila Fergus Tierney menerima hantaran dari jarak jauh yang kemudian membuat hantaran lintang singgah di kaki Shafiq untuk gol pertama negara.

Bagaimanapun keghairahan skuad kebangsaan memburu lebih banyak gol membawa padah apabila Timor-Leste melakukan serangan pantas menerusi solo Joao Pedro pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Larian pantas Pedro gagal disekat para pemain negara sebelum melorong kepada Olaga Xavier yang mudah meletakkan bola ke gawang Malaysia untuk menyamakan kedudukan.

Dua minit kemudian, sekali lagi para pemain Harimau Malaya tersentak dengan larian solo Pedro dan kali ini dia sendiri melakukan sepakan melencong ke penjuru kiri gawang gagal dihalang oleh Kalamullah Al Hafiz Mat Rowi.

Advertisements

Paulo Josue melegakan tekanan kem Harimau Malaya apabila meledak gol penyamaan pada minit ke-70 selepas menyudahkan hantaran Endrick Dos Santos.

Kapten Kuala Lumpur (KL) City itu kemudian muncul wira Malaysia apabila menjaringkan gol kemenangan Harimau Malaya pada minit le-83, sekali gus menyelamatkan maruah skuad negara daripada berdepan detik memalukan di laman sendiri.

Meskipun menang, persembahan yang ditampilkan Harimau Malaya bagaimanapun mencetuskan keraguan sama ada mereka mampu untuk melangkah ke separuh akhir atau tidak kerana selepas ini akan menentang juara bertahan, Thailand dan Singapura.

Ahad lalu, anak buah Vicente juga hampir dimalukan pasukan ranking 180 dunia, Kemboja sebelum bangkit mengikat keputusan seri 2-2 di Stadium Olimpik, Phnom Penh.

Kemenangan ke atas Timor Leste meletakkan Malaysia di kedudukan teratas kumpulan, satu mata mengatasi Thailand dan Singapura yang baru beraksi satu perlawanan.

Timor Leste yang dibelasah Thailand 10-0 dalam aksi pertama Ahad lalu kekal di kedudukan tercorot tanpa sebarang mata. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lima beregu negara melangkah bergaya ke separuh akhir

LIMA beregu negara masing-masing dua beregu lelaki, dua beregu campuran dan satu beregu wanita melangkah bergaya ke separuh akhir...

Lagi Artikel Berkaitan