23 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 15, 2025

PLKN 3.0: Pelajar pernah sertai kadet sekolah diberi keutamaan

Mesti Baca

PROGRAM Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang bakal dilaksana tahun depan akan mengutamakan kepada pelajar yang pernah menyertai aktiviti kadet sekolah anjuran Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pertahanan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Lembaga Tatakelola Dewan Kenegaraan yang dipengerusikan beliau hari ini.

Beliau berkata, adalah amat penting pelaksanaan PLKN 3.0 itu dilaksana dengan teliti serta menambah baik pendekatan bersesuaian dengan peredaran keadaan semasa.

“Ini penting agar program ini mampu melahirkan generasi anak muda Malaysia yang mempunyai daya tahan yang tinggi, cekal menopang rintangan kehidupan serta mampu menyumbang kepada negara selaku warganegara Malaysia yang bertanggungjawab,” katanya malam ini.

Berhubung peranan setiap rakyat dalam membina negara bangsa, Anwar berkata, adalah mustahak usaha menyeluruh digembleng dalam memperkukuh jati diri, kekuatan iltizam bersama memajukan negara dan kesediaan untuk mempertahankan tanah air tercinta.

Advertisements

Sebelum ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, PLKN 3.0 akan dilaksanakan oleh Kementerian Pertahanan melibatkan beberapa frasa yang bermula daripada Tingkatan Empat.

Beliau berkata, PLKN di peringkat sekolah atau Pra-PLKN itu dilaksanakan semasa kegiatan kokurikulum yang melibat para pelajar di tingkatan tersebut sebagai persiapan menjalani latihan khidmat negara selepas berusia 17 tahun.

Pada fasa seterusnya pula, menurutnya, remaja berusia 17 tahun dan ke atas dipilih menjalani Fasa Latihan Asas yang membabitkan Modul Asas Kenegaraan sebanyak 30 peratus dan Asas Ketenteraan 70 sebanyak 70 peratus.

Latihan pada fasa tersebut, jelas beliau, akan dilaksanakan di 13 buah Kem Askar Wataniah, 20 buah universiti awam dan beberapa politeknik. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan SARA disalur kepada 700,000 penerima mulai esok

DALAM usaha berterusan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar, Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri...

Lagi Artikel Berkaitan