26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 12, 2024

SPR keluarkan 607 kertas undi pos bagi PRK Mahkota

Mesti Baca

SURUHANJAYA Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengeluarkan sebanyak 607 kertas undi pos bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, semalam.

Menurut Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak, kertas undi pos yang dikeluarkan terdiri daripada 591 bagi petugas pilihan raya, anggota polis dan tentera; empat (warganegara menetap di luar negara); dua agensi dan organisasi manakala 10 lagi pengundi tidak hadir luar negara.

“Pengeluaran kertas undi pos dilakukan oleh Petugas Pilihan Raya yang dilantik Pegawai Pengurus dengan kehadiran ejen undi pos daripada calon-calon yang bertanding,” katanya dalam kenyataan.

Advertisements

Ikmalrudin berkata, SPR mengingatkan kepada semua pengundi pos supaya membuat penandaan pada kertas undi, mengisi dengan lengkap dan betul borang Perisytiharan Identiti (Borang 2).

Katanya, borang yang sudah lengkap diisi perlu segera dikembalikan kepada Pegawai Pengurus berkenaan sebelum pukul 5 petang pada Hari Mengundi iaitu pada 28 September 2024.

“Pengundi juga diingatkan agar sentiasa menjaga kerahsiaan undi masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularkannya di laman media sosial,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

95,000 syarikat di bawah HRD Corp bakal latih pelajar IPMA

SEBANYAK 95,000 syarikat yang bernaung di bawah HRD Corporation (HRDC) sedia menanti para pelajar latihan dalam industri daripada institusi...

Lagi Artikel Berkaitan