26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 12, 2024

Soon Huat-Shevon selangkah buru kejuaraan Super 1000 pertama

Mesti Baca

PASANGAN beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie hanya selangkah lagi untuk memburu kejuaraan Super 1000 pertama apabila berjaya ke pentas akhir Terbuka China di Changzhou sebentar tadi.

Sebelum ini pasangan suami-isteri itu belum pernah melepasi peringkat separuh akhir siri tersebut, berjaya menundukkan beregu tuan rumah, Cheng Xing-Zhang Chi 21-18, 21-18.

Turun sebagai pemain ranking ke-12 dunia, pasangan suami-isteri itu sama sekali tidak ‘ketar-ketir’ berdepan Cheng Xing-Zhang Chi yang menerima sorakan padu penonton di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik itu.

Set pertama menyaksikan Soon Huat-Shevon mengambil peluang daripada kesilapan mudah pihak lawan untuk meraih mata mudah memenangi perlawanan 21-18.

Cheng Xing-Zhang Chi mempamerkan permainan agresif pada set kedua dalam percubaan mengheret pasangan negara ke set penentuan.

Advertisements

Bagaimanapun, ketenangan Shevon mengawal jentera hadapan jaring wajar diberikan pujian untuk memberi kemenangan straight set 21-18 selepas 30 minit permainan berlangsung.

Menanti pasangan negara di gelanggang akhir ialah satu lagi jaguh tuan rumah, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping yang menewaskan wakil Indonesia, Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja 21-16, 21-15.

Sementara itu dua pasangan beregu lelaki negara, Goh Tze Fei-Nur Izzuddin dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi akan turun ke gelanggang petang ini bagi memburu dua slot ke final.

Tze Fei-Nur Izzuddin akan berdepan beregu bukan pilihan dari Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Daniel Marthin manakala Yew Sin-Ee Yin akan bertemu beregu tuan rumah, He Ji Ting-Ren Xiang Yu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

95,000 syarikat di bawah HRD Corp bakal latih pelajar IPMA

SEBANYAK 95,000 syarikat yang bernaung di bawah HRD Corporation (HRDC) sedia menanti para pelajar latihan dalam industri daripada institusi...

Lagi Artikel Berkaitan