24.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 12, 2024

Sindiket pemalsuan dokumen didalangi warga Pakistan tumpas

Mesti Baca

JABATAN Imigresen Malaysia sekali lagi berjaya menumpaskan sindiket pemalsuan dokumen dan cap palsu yang didalangi warga Pakistan pada 5 dan 6 September lalu.

Menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh, hasil serbuan di beberapa lokasi di Selangor dan Kuala Lumpur, pihaknya berjaya menahan tiga individu berusia 44 hingga 50 tahun.

Beliau berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada dua lelaki Pakistan termasuk seorang dalang utama serta seorang wanita warga India.

“Semakan awal mendapati dua lelaki warga Pakistan yang ditahan memiliki PLKS yang masih sah laku dan seorang perempuan wargan India telah tinggal lebih masa.

“Hasil soal siasat mendapati kesemua suspek mempunyai kaitan antara satu sama lain iaitu dengan munasabah tanpa kuasa yang sah memalsukan dan meminda maklumat atas mana-mana pas yang dikeluarkan,” katanya hari ini.

Ruslin berkata, mereka yang ditahan berusia antara 44 hingga 50 tahun.

Advertisements
Antara dokumen dan pasport asing yang dirampas.

Beliau berkata, modus operandi sindiket adalah menawarkan perkhidmatan berkaitan kemudahan imigresen seperti cap keselamatan imigresen, pelekat PLKS, Pas Khas dan perkhidmatan lesen kenderaan Pakistan.

Sindiket tersebut, katanya, mensasarkan warga asing dari negara sumber seperti Bangladesh, Sri Lanka, India, Pakistan, Indonesia dan Myanmar di Lembah Klang yang tiada dokumen perjalanan dan pas untuk tinggal di negara ini.

“Sindiket ini menggunakan medium media sosial untuk mendapatkan pelanggan.

“Kadar bayaran yang dikenakan untuk cap keselamatan sebanyak RM100 hingga RM300, pelekat PLKS RM150 hingga RM300 mengikut kualiti, lesen kenderaan Pakistan RM100 hingga RM200 dan Pas Khas RM800 hingga RM1,000.

“Sindiket dipercayai telah beroperasi selama sembilan bulan,” katanya.

Beliau berkata, mereka yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan lanjut kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 55D, Seksyen 56(1)(d), Seksyen 56(1)(l) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen12(1)(f) Akta Pasport 1966 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

95,000 syarikat di bawah HRD Corp bakal latih pelajar IPMA

SEBANYAK 95,000 syarikat yang bernaung di bawah HRD Corporation (HRDC) sedia menanti para pelajar latihan dalam industri daripada institusi...

Lagi Artikel Berkaitan