Thursday, June 4, 2026

‘Blogger’ kontroversi, Raja Petra meninggal dunia di UK

Mesti Baca

PENULIS blog kontroversi, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di Manchester, United Kingdom (UK) pada pukul 11.26 malam Isnin (6.26 pagi ini waktu Malaysia).

Kematiannya dimaklumkan oleh balu beliau, Marina Lee Abdullah menerusi laman web kendaliannya, Malaysia Today sebentar tadi.

“Dengan rasa dukacita saya memaklumkan bahawa suami kesayangan saya, Raja Petra Kamarudin baru sahaja meninggal dunia pada pukul 11.26 malam waktu UK pada Isnin, 9 September 2024 di Manchester, UK.”

Raja Petra, 74, lebih dikenali sebagai RPK, dilahirkan pada 27 September 1950.

Beliau mengendalikan laman web Malaysia Today, yang menerbitkan ulasan dan artikel mengenai politik Malaysia.

Raja Petra yang menetap di Manchester, UK sejak beberapa tahun lalu, terus aktif menulis dan menyuarakan pandangan mengenai politik Malaysia melalui platform digital.

Raja Petra dilahirkan pada 27 September 1950 adalah ahli kerabat diraja Selangor dan juga anakanda saudara kepada Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Alice Smith dan kemudiannya melanjutkan pelajarannya di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sebelum melengkapkan pendidikannya di Victoria Institution.

Allahyarham berkahwin dengan Marina Lee Abdullah pada 14 April 1973 dan mempunyai lima anak dan dua orang cucu.

Raja Petra pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2001 dan 2008.

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan