29 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 10, 2024

Kamaruddin, ikon keberanian dan ketabahan peneroka Felda

Menjadi peneroka pertama tanah rancangan di Lurah Bilut ketika berusia 20 tahun

Mesti Baca

PADA tanggal 29 September 1959 adalah hari paling bersejarah dalam hidup seorang anak muda bernama Kamaruddin Mat Doa dari Kampung Chikus, Sungai Manik, Teluk Intan, Perak.

Ini kerana beliau ketika itu baru berusia 20 tahun, telah terpilih untuk menyertai para peladang lain sebagai peneroka pertama di Tanah Rancangan Lurah Bilut, Pahang.

Kamaruddin meninggalkan kampung halaman, ibu bapa dan keluarga untuk menyahut seruan kerajaan bagi membuka tanah rancangan tersebut yang ketika itu masih belum diteroka.

Penyertaannya mencatatkan sejarah penting, kerana beliau adalah antara perintis yang sanggup mengorbankan segala-galanya demi menjayakan usaha kerajaan membangunkan tanah rancangan FELDA yang ketika itu masih belum diteroka.

Sebelum berpindah ke Lurah Bilut, Kamaruddin menerima arahan untuk membawa barang-barang keperluan asas seperti pinggan mangkuk, perkakas dapur, serta peralatan membina rumah seperti cangkul dan kapak.

Beliau juga dilarang membawa ahli keluarga pada mulanya, kerana peneroka perlu mendirikan kawasan dan tempat tinggal terlebih dahulu.

Surat panggilan kepada Kamaruddin untuk menyertai tanah rancangan Felda pada tahun 1959 lalu.

Segala pergerakan dari Teluk Intan ke Lurah Bilut diuruskan oleh Pejabat Daerah Teluk Intan yang pada ketika itu dikenali sebagai Telok Anson.

Advertisements

Kamaruddin adalah contoh peneroka yang berani menghadapi cabaran.

Beliau tekad meninggalkan kampung halaman, ibu bapa, dan keluarga untuk menempuh kehidupan baru di kawasan hutan belantara.

Dengan semangat yang kuat, beliau bekerja keras membuka kawasan hutan, menebang pokok, menebas belukar, dan menanam benih kelapa sawit serta getah, selain membina kediaman sendiri.

Usaha Kamaruddin tidak sia-sia, kerana beliau akhirnya menjadi seorang peneroka yang berjaya dan pernah dilantik sebagai Ketua Peneroka Rancangan di Lurah Bilut.

Semalam, Kamaruddin menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Felda Lurah Bilut, Wilayah Mempaga, Pahang pada usia 85 tahun.

Pemergian Allahyarham membawa kenangan mendalam kepada seluruh warga Felda kerana sumbangan beliau dalam membangunkan tanah rancangan tersebut akan terus dikenang.

Kamaruddin adalah ikon keberanian dan ketabahan yang menjadi inspirasi kepada generasi peneroka baharu dan pengorbanannya akan sentiasa dikenang dalam sejarah Felda. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Membangun potensi pelajar Orang Asli di IPT menerusi kokurikulum

Oleh NIK AMALENA NAJEBAH NKK AZMAN PADA masa kini, bilangan pelajar Orang Asli di institusi pengajian tinggi (IPT) semakin meningkat,...

Lagi Artikel Berkaitan