PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hari ini ‘menyekolahkan’ pihak-pihak tertentu yang mengaut keuntungan dari sumber yang tidak barakah bakal menerima kecelakaan.
Beliau berkata, rezeki yang diperoleh daripada sumber yang halal pasti mendapat barakah iaitu membahagiakan, menenangkan serta cukup untuk diri dan keluarga walaupun nampak sedikit.
Sebaliknya, kata beliau, rezeki dari sumber penyelewengan, penyimpangan dan penganiayaan bukan sahaja tidak mendapat barakah sebaliknya mengundang kecelakaan dan tidak pernah cukup walaupun nampak banyak.
“Nak untung, nak kaya tidak ada masalah asalkan caranya betul barulah adanya berkat (barakah),” katanya sambil memberikan penjelasan maksud barakah dalam Islam.
Katanya, dalam Islam maksud barakah ialah As-saadah Al-Haqiqiah (السعادة الØقيقية) atau kemuncak kebahagian dan ketenangan dan Az-Ziadah (الزيادة) atau Al-Qana’ah (القناعة) bermaksud adanya nilai tambah atau cukup.
Baru-baru ini Asyraf Wajdi berang terhadap kontraktor Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping yang bersikap sambil lewa dan mengabaikan kebersihan sehingga para pelajarnya mengalami keracunana makanan.
Lebih membuatkannya ‘bengang’, kontraktor terbabit bersikap bongkak dan seolah-olah melepaskan tangan ketika ditanya berhubung isu-isu berkaitan dewan selera MRSM terbabit.
Ekoran itu, beliau mengarahkan MARA menyenaraihitamkan kontraktor terbabit dan akan mengambil tindakan undang-undang. – Edisi 9