29.7 C
Kuala Lumpur
Monday, September 9, 2024

Asyraf mahu heret kontraktor dewan selera MRSM ke mahkamah

Mesti Baca

KONTRAKTOR dewan selera Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping, Perak yang bersikap sambil lewa dan mengabaikan kebersihan bakal diambil tindakan mahkamah.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau sendiri telah menghubungi kontraktor terbabit untuk mendapatkan penjelasan namun jawapan yang diterima amat mendukacitakan.

Justeru beliau menegaskan, pihaknya sudah pasti akan mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor terbabit termasuk memberhentikan kontrak.

“Kita boleh tahan ke kalau cicak nak berak” jawab kontraktor dewan selera MRSM Taiping dengan bongkak bila saya tanya kenapa dapur kotor dengan tahi cicak dan tidak dibersihkan.

“Memang confirm (pasti) akan saya ambil tindakan tegas termasuk memberhentikan kontrak dan tindakan mahkamah pada kontraktor yang ambil sikap sambil lewa hingga mencetuskan risiko kesihatan kepada anak-anak pelajar,” katanya hari ini.

Beliau turut berkongsi rakam video perbualannya dengan wakil kontraktor terbabit meneruis media sosial.

Advertisements

Semalam, Asyraf Wajdi berkata, beliau tidak boleh menerima sikap segelintir kontraktor dewan selera MRSM yang sambil lewa dan ‘cincai’ apabila mengetahui kontrak mereka bakal tamat.

Beliau berkata, syarikat seperti itu wajib disenaraihitamkan oleh MARA.

“Ini soal keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan anak-anak pelajar. Tidak boleh dikompromi sama sekali,” katanya.

Beliau berkata, apakah syarikat terbabit tidak ada sekelumit rasa gerun dengan setiap sen yang diperolehi daripada sikap kecurangan yang dilakukan?

“Ini bukan sahaja  mengundang kemurkaan Allah tetapi melibatkan hak ratusan manusia yang teraniaya. Akhirnya rezeki tiada barakah dan membawa kepada malapetaka,” katanya dalam nada berang. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

5 tahun pasca-COVID-19: Cabaran dalam sistem pendidikan

Saudara Pengarang Penularan novel coronavirus 2019 (COVID-19) atau 2019-nCoV pada Disember 2019 di Wuhan, China memberi satu pengalaman yang tidak...

Lagi Artikel Berkaitan