25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 8, 2024

AEON adakan program tanam pokok rai ulang tahun ke-40

Mesti Baca

AEON Co. (M) Berhad (AEON) melancarkan program penanaman pokok “Planting Seeds of Growth for Future: Creating Gardens in Schools” di seluruh negara sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-40. 

Program dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia itu merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan AEON terhadap pembangunan komuniti dan penjagaan alam sekitar.

Program ini dilancarkan secara rasmi pada 4 September di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Maluri, Kepong di ibu negara.

Kira-kira 100 orang murid dan 30 orang sukarelawan AEON telah menanam 300 anak pokok pada hari pelancaran. 

Acara ini dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Dr. Zalina Mohd Tahir.

Aktiviti penanaman pokok di SK Taman Bukit Maluri menandakan permulaan siri acara serupa yang akan berlangsung di 27 buah sekolah di seluruh negara. 

Setiap sekolah dikenal pasti dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia berdasarkan lokasinya yang berada berdekatan dengan 28 buah AEON Mall seluruh negara. 

Kira- kira 10,000 anak pokok akan ditanam di sekolah-sekolah yang terlibat.

Pengarah Urusan AEON, Naoya Okada berkata, pihaknya gembira dapat meraikan ulang tahun ke-40 dengan menyumbang semula kepada komuniti dengan cara yang bermakna. 

Advertisements

“Aktiviti luar bilik darjah seperti penanaman pokok pada hari ini menawarkan pengalaman pendidikan yang memperkaya pembelajaran murid-murid. 

“Mereka dapat belajar tentang kepentingan alam semula jadi serta peranan dan sumbangan mereka kepada sekolah dan alam sekitar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Okada berkata, AEON kekal komited untuk memacu perubahan yang positif melalui pelbagai inisiatif yang melibatkan ekosistemnya. 

Program tersebut, kata beliau, adalah satu lagi langkah dalam perjalanan kami ke arah mewujudkan masa depan yang lebih lestari.

Sejak memulakan operasi di Malaysia pada tahun 1984, AEON telah menanam lebih daripada 550,000 batang pokok melalui pelbagai inisiatif penanaman pokok. 

Tahun lepas, AEON telah menyempurnakan fasa akhir “Malaysia-Japan Friendship Forest Programme” di Perak. 

Projek ini dilancarkan untuk menyokong usaha Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dalam memulih dan menghijaukan semula kawasan bekas lombong bijih timah di Bidor. 

Sebanyak 30,000 batang pokok telah berjaya ditanam sejak projek ini dimulakan pada tahun 2014.

AEON kini mempunyai 28 AEON Mall, 35 AEON Store, 6 AEON MaxValu, 62 AEON Wellness dan 46 DAISO di seluruh negara. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Mahkota: BN sekali lagi pertaruh calon Pemuda 

BARISAN Nasional (BN) sekali lagi menpertaruhkan wakil Pemuda UMNO sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Lagi Artikel Berkaitan