23.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024

AADK tidak kompromi kakitangan salah laku, langgar integriti

Mesti Baca

AGENSI Antidadah Kebangsaan (AADK) menegaskan, pihaknya tidak sesekali berkompromi dan melindungi mana-mana kakitangan yang terlibat dengan salah laku dan pelanggaran integriti.

Ketua Pengarah AADK, Datuk Ruslin Jusoh berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana kakitangan yang didapati bersalah berdasarkan peruntukan perundangan sedia ada.

Beliau mengalu-alukan keputusan siasatan salah laku kakitangan AADK Negeri Kedah yang dikeluarkan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) atas kecuaian mengendalikan keputusan saringan air kencing orang yang disiasat (OYDS) seperti dilaporkan semalam.

“AADK amat mengalu-alukan laporan siasatan ini dan tidak sesekali berkompromi atau melindungi mana-mana kakitangan yang terlibat dengan salah laku dan pelanggaran integriti.

“Unit Integriti AADK juga telah memanjangkan laporan EAIC tersebut kepada Pengarah AADK Negeri Kedah untuk diambil tindakan segera seperti yang disyorkan oleh EAIC,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ruslin berkata, AADK akan terus bekerjasama erat dengan EAIC dalam usaha peningkatan tadbir urus yang baik dalam agensi khususnya yang melibatkan siasatan terhadap sebarang integriti.

Advertisements

Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua kakitangan AADK agar
melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta garis panduan berdasarkan Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS).

Semalam, EAIC memaklumkan bahawa pihaknya mendapati seorang bekas ketua unit di AADK Sik, Kedah, terbabit salah laku dalam pengendalian kes dadah bawah agensi itu.

EAIC dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima aduan yang mendakwa bekas ketua unit itu melindungi individu disahkan positif dadah, dan gagal mengemas kini Buku Rekod Penghantaran Sampel Urin OYDS.

Justeru, katanya, EAIC melalui Mesyuarat Suruhanjaya Bil 8/2024 bertarikh 10 September lalu, mengesyorkan hukuman yang patut dikenakan ke atas pegawai terbabit.

Menurutnya, syor berkenaan ialah menangguhkan pergerakan gaji selama enam bulan terhadap ketua unit itu kerana cuai dan tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan satu tindakan yang adil tidak dapat diambil terhadap OYDS oleh majikannya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Bike Week’ Team Selangor bina semangat patriotisme

TEAM Selangor telah menganjurkan program ‘Bike Week’ dalam usaha membina semangat patriotisme sempena bulan Kemerdekaan 31 Ogos dan Hari...

Lagi Artikel Berkaitan