Wednesday, June 17, 2026

Akmal ‘gembira’ kemenangan PN di Sungai Bakap?

Mesti Baca

KETUA Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh mengucapkan tahniah kepada pengundi di Sungai Bakap yang memberi kemenangan kepada Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu semalam.

Malahan, beliau menganggap kemenangan Abidin Ismail dengan majoriti 4,627 itu kerana kesombongan pemimpin kepada rakyat.

“Formula bahlol dan bodoh daripada Raja Formula telah mendatangkan hasil di Sungai Bakap.

“Tahniah rakyat Sungai Bakap. Pemimpin jangan sombong dengan rakyat,” kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau.

Kenyataan sinis Dr Akmal itu dipercayai merujuk kepada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang didakwa mengeluarkan perkataan “bahlol” dan “bodoh” dalam satu ceramah kempen di Sungai Bakap baru-baru ini.

Dalam PRK DUN Sungai Bakap semalam, Abidin, 56, memperoleh 14,489 undi menewaskan pencabarnya daripada Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin yang meraih 10,222 undi.

PRK Sungai Bakap diadakan berikutan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff daripada Perikatan Nasional (PN) pada 24 Mei lalu.

Nor Zamri yang juga Yang Dipertua Pas Nibong Tebal menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lalu menentang calon Pakatan Harapan (PH), Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi. Beliau mendapat 15,433 undi. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan