27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Netanyahu kena ‘boo’ keluarga tebusan perang Gaza

Mesti Baca

PERDANA Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, diboo oleh keluarga tebusan yang ditahan kumpulan pejuang Gaza, ketika berucap di Parlimen, semalam.

Dalam ucapannya itu, Netanyahu berikrar untuk membawa pulang tebusan berkenaan tetapi memerlukan lebih banyak masa.Ads by

“Sekarang! Sekarang!” laung keluarga tebusan terbabit dari ruang galeri, ketika Netanyahu menyatakan rejim Zionis perlu meningkatkan tekanan ketenteraan terhadap kumpulan pejuang Hamas terlebih dahulu.

Advertisements

Ucapan itu menyusul selepas parti Likud pimpinannya, dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Netanyahu baru pulang dari Gaza.

“Kita akan terus meningkatkan serangan. Ia akan menjadi perang panjang yang jauh lagi daripada berakhir,” kata Netanyahu menurut kenyataan itu. -Agensi

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan