30.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Netanyahu beri amaran perang Gaza memasuki ‘peringkat kedua’

Mesti Baca

PERDANA Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memaklumkan operasi darat tentera Israel di Gaza telah memasuki peringkat kedua yang disifatkan sebagai peperangan sukar dan panjang terhadap pejuang Hamas.

Bercakap menerusi siaran televisyen, beliau mengesahkan pasukan tentera rejim Zionis itu telah dikerahkan di keseluruhan Semenanjung Gaza di sebalik serangan bertubi-tubi semalaman.

Risalah telah dijatuhkan di Gaza bagi memberi amaran kepada penduduk mereka kini berada di ‘zon perang’ dan perlu meninggalkan kawasan itu dengan segera.

Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza memaklumkan angka korban kini telah melebihi 8,000 orang.

Advertisements

Israel telah menyekat sebarang bentuk komunikasi sehingga menyebabkan terputus maklumat di Semenanjung Gaza dengan peningkatan pengeboman dan tembakan meriam.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengecam tindakan Israel dengan menyatakan negaranya tekad untuk menunjukkan kepada dunia bahawa Israel adalah negara penjenayah perang.

Sentimen sama disuarakan Rusia, dengan Menteri Luarnya Sergei Lavrov menyifatkan serangan Israel ke atas Gaza mencabuli undang-undang antarabangsa dan berisiko mewujudkan bencana yang akan berterusan selama berdekad lamanya. – Agensi

Advertisements

Terkini

Kasino di Forest City: Chegu Bard ditahan reman dua hari

BADRUL Hisham Shaharin atau Chegu Bard direman susulan membuat hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan...

Lagi Artikel Berkaitan