25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Jumpa bomoh mahu buang santau, pelajar hamil dirogol

Mesti Baca

NIAT mendapatkan rawatan bagi membuang santau, namun lain yang terjadi terhadap seorang remaja selepas mendakwa dirogol seorang bomoh hingga hamil dalam kejadian yang berlaku di rumahnya, di lokasi terpencil di Muar, pada akhir tahun lalu dan tahun ini.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata kejadian menimpa mangsa berusia 15 tahun itu, berlaku pada November 2022 dan April lalu.

Beliau berkata, semua kejadian berlaku ketika mangsa mendapatkan rawatan dengan suspek berusia 50 tahun.

“Pelajar berkenaan memaklumkan dia dirogol ketika proses perubatan dilakukan.

“Pada 27 Oktober lalu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar menerima satu laporan kejadian itu.

Advertisements

“Mengikut keluarganya, mereka mahu mendapatkan rawatan kerana mangsa dan sekeluarga sering sakit dipercayai terkena santau.

“Mangsa mengetahui dirogol apabila mendengar sesi ceramah jenayah seksual di sekolah pada September lalu, selain tidak didatangi haid,” katanya.

Katanya lagi, mangsa memberitahu kejadian itu pada ibunya dan membuat pemeriksaan kesihatan sebelum disahkan mengandung.

“Polis menjalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan