30.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

‘Antonim (Part 1)’, album sulung Hael Husaini untuk peminat

Mesti Baca

SENTUHAN magisnya bak ‘Midas Touch’ sentiasa meraih perhatian ramai, bagi meraikan sokongan peminat, penyanyi Hael Husaini, tampil dengan album sulung yang dinantikan oleh peminat setianya.

Antonim (Part 1) memuatkan 6 lagu kesemuanya yang dicipta oleh barisan komposer ternama tanah air seperti Ezra Kong, Omar K, Iqie Hugh, Hanis Rafi, Firdaus Rahmat serta Hael Husaini sendiri.

Album berkenaan bakal dilancarkan pada 5 Januari depan, manakala MV ‘Diam’ pula sudah pun dilancarkan 22 Disember lalu.

Hael berkata, sepanjang tiga tahun kebelakangan ini, dia telah menghasilkan lebih kurang 20 buah lagu (demo) untuk album pertamanya ini.

“Selepas berbincang dengan pihak label serta pasukan saya, hanya 10 buah lagu sahaja telah disenarai pendekkan serta beberapa buah lagu lama yang telah diberi susunan semula khas untuk album ini.

“Dalam album Antonim (Part 1) terkandung lagu-lagu seperti Diam, Usia, Kejora, Please, Hero dan Sama Seperti Dulu (versi orkestra), di mana 4 buah lagu daripada album ini telah dipilih kerana menjadi lagu tema bagi sebuah drama bersiri popular yang mula ditayangkan baru-baru ini.

“Manakala ada dua lagi lagu yang belum pernah diperdengarkan kepada umum,” katanya.

Hael berkata, perjalanan seninya menjangkau hampir 17 tahun dan album ini mempunyai signifikasinya sendiri.

“Album sulung ini sangat penting buat karier saya kerana sudah lama saya cuba merealisasikannya, ianya impian terbesar saya dan banyak sangat cabaran serta kisah duka yang saya dan pasukan saya tempuhi.

Advertisements

“Antonim (PART I & II) saya jadikan medan untuk berkarya tetapi konsepnya berlawanan dengan apa yang sering saya hidangkan buat pendengar sebelum ini, namun keseluruhan lagu masih berkonsepkan pop yang bernuansakan balada serta rock,” katanya.

Katanya, setiap naskhah dalam album ini mempunyai jalan cerita dan kisah yang tersendiri, berlandaskan dari kisah benar malah ada juga yang bersifat dongeng serta kisah-kisah orang di sekeliling yang menjadi idea buatnya.

Lagu Diam sudah diperdengarkan turut dilancarkan dalam bentuk MV mempunyai keistimewaannya tersendiri.

“Lagu ini sangat dekat dengan persekitaran kita, ia adalah satu luahan kekecewaan terhadap seseorang yang mengkhianati kita.

“Orang yang berpura-pura suka terhadap kewujudan kita tetapi sedang berusaha untuk menjatuhkan kita dan ingin melihat hidup kita musnah.

“Proses rakaman dilakukan di beberapa buah studio mengikut lagu dan penerbitnya sendiri, saya juga ada menggunakan khidmat beberapa penerbit dan jurutera bunyi dari luar negara untuk mendapatkan sentuhan berbeza dari segi bunyi.

“Saya berharap kesemua lagu yang terkandung di dalam album Antonim (PART I) meraih perhatian serta menjadi popular, kerana saya, rakan penulis lirik, penerbit, pihak pengurusan dan label telah bertungkus lumus dan banyak berkorban dalam melaksanakan album ini.

“Semoga semua penggemar muzik di luar sana sentiasa menyokong industri muzik kita semaksima yang mungkin,” katanya lagi.

MV ‘Diam’ boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran YouTube Hael Husaini Official. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sejauh mana kebebasan universiti dimanfaatkan mahasiswa?

Oleh DR ABDUL MUQIT MUHAMAMMAD KEBEBASAN akademik merupakan roh yang menghidupkan masyarakat universiti. Tanpa kebebasan akademik, masyarakat universiti tidak akan...

Lagi Artikel Berkaitan