26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 10, 2023

Netanyahu pecat Menteri Pertahanan

Mesti Baca

PERDANA Menteri Israel Benjamin Netanyahu memecat Menteri Pertahanan Yoav Gallant selepas beliau menggesa kerajaan menghentikan reformasi kehakiman yang mencetuskan kontroversi dan bantahan di seluruh negara.

“Perdana Menteri Benjamin Netanyahu telah memutuskan, untuk memecat Menteri Pertahanan Yoavi Gallant,” menurut pejabat Netanyahu menerusi ciapan di Twitter pada Ahad.

Gallant menjadi menteri Israel pertama yang menyeru agar reformasi dihentikan, lapor Sputnik.

Beliau menegaskan bahawa terdapat perpecahan yang semakin meningkat dalam masyarakat Israel sehingga turut membabitkan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dan agensi keselamatan negara itu.

Beribu-ribu orang mengadakan protes membantah reformasi kehakiman di Israel selama hampir 11 minggu.

Draf undang-undang yang dibentangkan oleh Menteri Kehakiman Yariv Levin pada Januari, jika diterima pakai akan menyekat kuasa Mahkamah Agung Israel dan memberi kerajaan kuasa dalam pelantikan hakim. – BERNAMA

Wartawan

Terkini

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi...

Lagi Artikel Berkaitan