25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

United beri bayangan Sancho bakal tinggalkan Old Trafford

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MANCHESTER United memberi bayangan bahawa masa Jadon Sancho di Old Trafford telah berakhir apabila pemain sayap itu tiada dalam sesi fotografi kelab yang dikongsikan di akaun Instagram kelab.

Sancho sebelum ini disingkirkan daripada skuad utama dan lebih ekstrem lagi, pemain itu tidak dibenarkan bergaul dan makan bersama pemain senior di kelab.

Ini selepas hubungan pemain sayap berusia 23 tahun itu dengan pengurus, Erik ten Hag retak bulan lalu apabila dia menuduh pengendali Red Devils itu pembohong di sosial media.

Keputusan itu difahamkan bersangkut paut dengan keputusan bekas pengendali Ajax Amsterdam itu tidak menyenaraikannya dalam skuad menentang Arsenal kerana tidak berlatih dengan baik.

Advertisements

Susulan itu, kelab dilapor akan menjual pemain yang dibeli dengan yuran perpindahan RM423.3 juta itu dari Borussia Dortmund pada jendela perpindahan Januari jika Sancho enggan memohon maaf.

Red Devils juga bersedia menanggung gaji mingguan yang tinggi RM1.74 juta seminggu untuk menghantar Sancho keluar secara pinjaman.

Sancho dijangka angkat kaki sama ada secara pinjaman atau perpindahan kekal selepas Mason Greenwood yang sebelum ini dipinjamkan ke kelab La Liga, Getafe.

Sementara itu, United kini sedang menyiasat mengapa skuad utama mereka kerap mengalami kecederaan dengan melantik Gary O’Driscoll sebagai ketua perubatan sukan kelab, bulan lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan