33.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Keganasan di Palestin: Anugerah MTV dibatalkan

Mesti Baca

ANUGERAH muzik berprestij MTV EMA 2023 yang sepatutnya berlangsung di Paris, Perancis bulan depan dibatalkan.

Penganjur anugerah itu berkata, pembatalan itu sebagai menghormati situasi yang berlaku di Gaza ekoran keganasan Israel ke atas negara itu.

MTV dalam satu kenyataan berkata, ketidaktentuan yang berlaku di bumi Palestin itu menyebabkan perayaan muzik sempena anugerah itu tidak sesuai dilaksanakan.

Katanya, keganasan di Gaza menyebabkan ribuan nyawa terkorban termasuk wanita dan kanak-kanak dan ketika ini adalah waktu untuk dunia berkabung dan menghormati situasi semasa yang sedang berlaku.

Bagaimanapun, penganjuran semula anugerah berkenaan dijadualkan berlangsung pada November 2024.

Advertisements

Anugerah MTV EMA 2023 menampilkan barisan artis antarabangsa yang tercalon dalam kategori penghasilan video muzik terbaik sepanjang tahun.

Antara calon kategori utama termasuklah, Taylor Swift, Olivia Rodrigo, Bad Bunny dan Foo Fighters.

Swift telah mendahului pencalonan tahun ini dengan tujuh pencalonan, termasuk bagi kategori artis terbaik, lagu terbaik dan video terbaik untuk lagu hitnya ‘Anti-Hero’.

Calon lain termasuk Jung Kook, ahli bintang K-Pop BTS yang juga akan membuat persembahan di acara itu. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lakukan ‘total cleansing’ kumpulan ajaran sesat, ekstrem agama

PIHAK berkuasa termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) digesa melakukan total cleansing (sapu bersih) terhadap kumpulan ajaran sesat dan...

Lagi Artikel Berkaitan