31.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Ratcliffe setuju beli 25 peratus saham United

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JIM Ratcliffe hampir pasti melengkapkan pemilikan 25 peratus saham Manchester United susulan keputusan Sheikh Jassim Hamad Al-Thani menarik diri daripada proses bidaan.

Bagaimanapun, pembelian tersebut tidak menjejaskan status keluarga Glazer selaku pemilik dan pemegang saham terbesar Red Devils.

Pemilikan suku daripada keseluruhan saham tersebut merupakan langkah awal Ratcliffe sebelum menguasai sepenuhnya majoriti saham kelab.

Taikun petrokimia itu sebelum ini dilapor menyatakan hasrat memiliki sepenuhnya saham United namun terpaksa akur dengan cadangan yang dikemukakan keluarga Glazer.

Advertisements

Perkembangan terbaharu ini sekali gus menamatkan saga pembelian yang memakan masa hampir satu tahun.

Pemilikan saham Ratcliffe yang merupakan peminat setia United akan menyaksikan ia mencatat rekod dunia dalam fancais sukan.

Sementara itu, penarikan diri Sheikh Jassim dipercayai kerana enggan membayar wang lebih daripada sepatutnya seperti yang diminta keluarga Glazer.

Keputusan tersebut juga mencetuskan kemarahan sebilangan besar penyokong United yang melihat Sheikh Jassim merupakan jalan terbaik kelab untuk bersaing dengan Newcastle United dan Manchester City yang juga dimiliki jutawan Asia Barat. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan