31.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Trump dikecam muat naik klip video beli pistol

Mesti Baca

BEKAS Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dikecam ramai pihak gara-gara klip video dimuat naik jurucakapnya yang menunjukkan beliau sedang membeli sepucuk pistol Glock.

Akhbar The New York Times melaporkan rakaman kontroversi itu dikongsi di platform X ketika bilionair hartanah itu membuat pembelian berkenaan di cawangan Palmetto State Armoury di Summerville, Carolina Selatan.

“Saya mahu dapatkan satu,” kata Trump sebanyak dua kali menerusi klip itu disertakan kapsyen oleh jurucakapnya, Steven Cheung, ‘Presiden Trump beli @GLOCKInc di Carolina Selatan!’.

Selepas dua jam, rakaman itu bagaimanapun dipadam oleh Cheung secara tiba-tiba selepas isu itu mula dipersoalkan dan menjadi topik perdebatan hangat pengguna media sosial.

Advertisements

Beliau cuba menyembunyikan kebenaran apabila menafikan Trump membeli senjata api terbabit.

“Pemimpin itu hanya bergurau mahu mendapatkan sepucuk pistol berkenaan,” katanya yang dilihat sebagai cubaan untuk berdalih.

Di bawah Undang-undang Senjata Api Persekutuan, 18 USC Sekysen 922, tindakan menjual senjata api kepada individu yang berdepan dakwaan jenayah boleh dikenakan hukuman penjara lebih 12 bulan.

Selain itu, defendan juga dilarang menghantar atau menerima sebarang senjata api merentasi sempadan negeri. -Agensi

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan