31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Pulau Pinang tepis dakwaan Bukit Bendera perangkap pelancong

Mesti Baca

KERAJAAN Pulau Pinang menepis dakwaan artikel akhbar Amerika Syarikat, USA Today yang menyenaraikan Bukit Bendera antara 100 ‘perangkap pelancong’ terbesar Asia.

Exco Pelancongan dan Ekonomi, Wong Hon Wai, berkata laporan yang disiarkan pada 24 Ogos itu tidak tepat dan dihasilkan berdasarkan 24 ulasan buruk yang diambil secara rawak.

“Ulasan akhbar berkenaan mempunyai keterbatasan dengan pengumpulan data. Hanya berdasarkan ulasan menggunakan satu bahasa tanpa mengambil bahasa utama lain yang digunakan di rantau ini seperti bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil.

“Ulasan buruk yang diperhatikan mengandungi 24 komen dan tidak mempertimbang komen baik yang jauh lebih banyak, berbanding komen buruk mengenai Bukit Bendera,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hon Wai berkata, sejak 1923, kira-kira 47 juta pengunjung melawat ke Bukit Bendera iaitu menjangkau rekod lebih sejuta pelancong saban tahun.

Advertisements

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Bukit Bendera berkata, ramai di antara pengunjung ialah pelancong berulang dan ini menunjukkan mereka tertarik dengan Pulau Mutiara itu.

“Kerajaan negeri sentiasa mencari penambahbaikan dengan projek kereta kabel baharu dalam perancangan dan ini akan memberi pengalaman baharu kepada pelancong,” katanya.

Berdasarkan laporan akhbar itu, ‘perangkap pelancong’ yang dimaksudkan ialah gambaran kepada destinasi tumpuan ramai yang lazimnya mengenakan bayaran berlebihan kepada pelancong.

Dalam hal ini, laporan akhbar berkenaan meletakkan Bukit Bendera sebagai perangkap pelancong terburuk di Asia dan berada dalam senarai nombor sembilan bagi peringkat dunia.

Penerbitan itu turut menyenaraikan 100 tarikan paling mahal harganya dan 100 tarikan teratas yang paling dinilai tinggi di seluruh dunia berdasarkan analisis mereka terhadap 23.2 juta ulasan Google. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan