26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Perkhidmatan funikular Bukit Bendera dihentikan sementara

Mesti Baca

PERKHIDMATAN funikular Bukit Bendera di Pulau Pinang akan dihentikan sementara selama tiga bulan bermua hari ini hingga Mac ini.

Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) dalam satu kenyataan berkata, penutupan sementara itu bagi membolehkan pemeriksaan khas ke atas struktur landasan funikular dijalankan.

“Perkhidmatan akan disambung semula pada jam 2 petang atau lebih awal jika pemeriksaan tamat lebih awal.

“Pemeriksaan ini dijadualkan untuk tiga tarikh iaitu 13 Mac, tarikh seterusnya adalah untuk penyelenggaraan dwi-tahunan pada bulan Jun.

“Untuk pemeriksaan khas pula, kita akan umum kemudian,” kata kenyataan itu.

PBBPP berkata, pemeriksaan berasingan adalah penting untuk memastikan penilaian menyeluruh terhadap integriti dan keselamatan landasan.

“Landasan funikular berusia 100 tahun iaitu struktur buatan manusia yang bersejarah telah menjadi tulang belakang funikular selama lebih satu abad.

Advertisements

“Ia memerlukan pemeriksaan berkala untuk memastikannya terus memenuhi piawaian keselamatan selain dapat menyokong sistem funikular bagi memberikan perkhidmatan seperti yang diperlukan,” katanya lagi.

PBBPP berkata, pemeriksaan penting itu bertujuan untuk mengekalkan standard keselamatan perkhidmatan furnikular Bukit Bendera dan memelihara warisan funikular yang luar biasa.

“PBBPP akan menjalankan pemeriksaan keselamatan ke atas keseluruhan sistem funikular, termasuk landasan dari semasa ke semasa.

“Ia bertujuan untuk menentukan kerja-kerja kejuruteraan penyelenggaraan dan menaik taraf yang diperlukan bagi memastikan semua aspek sistem funikular berada dalam keadaan terbaik untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk dan pengunjung,” katanya.

PBBPP memohon maaf di atas sebarang kesulitan dan menghargai kerjasama pengunjung.

“PBBPP sentiasa mengutamakan keselamatan penumpang dan menghargai kerjasama dan kefahaman orang ramai.

“Dalam masa yang sama, PBBPP berusaha untuk mengekalkan perkhidmatan dan standard keselamatan yang tinggi di Bukit Bendera,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan