28.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Projek HSR KL-Singapura: Tujuh konsortium hantar cadangan

Mesti Baca

TUJUH konsortium tempatan dan antarabangsa menyerahkan cadangan konsep bagi projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR KL-Singapura) kepada MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp).

Mereka terdiri daripada 31 firma yang mewakili spektrum penuh projek berkenaan.

Penyerahan cadangan konsep untuk projek HSR KL-Singapura itu adalah sebagai maklum balas kepada Permintaan Maklumat (RFI) yang dilancarkan oleh MyHSR Corp pada Julai 2023 dan tarikh akhir bagi penyerahan RFI adalah 15 Januari 2024.

Pengerusi MyHSR Corp, Datuk Seri Fauzi Abdul Rahman, berkata penemuan daripada penilaian RFI akan dibentangkan kepada Kementerian Pengangkutan dan Kabinet untuk pertimbangan.

“Sekiranya maklum balas positif, kami akan meneruskan ke fasa kedua dengan Permintaan Cadangan (RFP) untuk mendapatkan cadangan terperinci daripada konsortium terpilih,” katanya dalam satu kenyataan.

MyHSR Corp melancarkan RFI bagi membolehkan sektor swasta mengemukakan secara rasmi cadangan konsep HSR KL-Singapura berdasarkan inisiatif kerjasama perkongsian awam swasta (PFI) mengikut model Reka Bentuk-Biaya-Bina-Kendali-Pindah (DFBOT).

Advertisements

Pelaksanaan proses RFI itu juga menandakan inisiatif kerajaan dalam usaha melaksanakan semula projek HSR KL-Singapura menerusi mekanisme pembiayaan dan model pelaksanaan yang baharu, selain usaha untuk mempertingkat infrastruktur pengangkutan rel dan merancakkan ekonomi negara.

Pada sesi taklimat awal projek HSR itu, MyHSR Corp sudah menyatakan secara jelas projek itu akan dibiayai sepenuhnya oleh pihak swasta.

Pada minggu lalu, agensi berita Jepun, Kyodo News yang memetik sumber berkata, syarikat Jepun termasuk East Japan Railway Co, menarik diri daripada bidaan projek HSR KL-Singapura berikutan mereka memutuskan ia akan menjadi terlalu berisiko tanpa sokongan kewangan kerajaan Malaysia.

Perkembangan itu dijangka memberi laluan kepada pesaing perniagaan dari China mengukuhkan lagi jejak mereka dalam pembinaan infrastruktur di Asia Timur selepas menyiapkan kereta api berkelajuan tinggi pada 2023 di Indonesia dan kini sedang membina satu lagi projek di Thailand.

Sumber itu berkata, pada ketika firma kerajaan Jepun membatalkan rancangan mereka, beberapa syarikat tempatan bercadang bekerjasama dengan syarikat China dan Eropah untuk membuat bidaan. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan