27.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Indonesia lancar ‘Whoosh’ berkelajuan 350 km/j

Mesti Baca

INDONESIA bersedia melancarkan Whoosh, kereta api berkelajuan tinggi sehingga 350 kilometer sejam (km/j), iaitu paling laju di Asia Tenggara.

Projek yang tertunda bernilai berbilion dolar itu disokong oleh China, akan mengurangkan perjalanan antara ibu kota Jakarta dan bandar utama lain di Jawa Barat.

Kereta api buatan China itu mampu membawa lebih 600 penumpang pergi dan balik dari Jakarta dan Bandung dalam masa 45 minit dan ia adalah sebahagian daripada inisiatif infrastruktur Jalur dan Jalan China (Belt and Bold China).

Presiden Joko Widodo (Jokowi) memuji projek itu untuk perjalanan pantas yang akan menghubungkan dua bandar di pulau Jawa yang paling ramai penduduk, dan beliau merasmikannya hari ini, menurut laporan media tempatan yang memetik pegawai.

“Pelancarannya diadakan hari ini, kerana pada 1 Oktober, presiden sibuk,” kata Menteri Pengangkutan Budi Karya Sumadi.

Kereta api itu boleh mencapai kelajuan sehingga 350 kilometer sejam (km/j) dan menelan belanja usaha sama China-Indonesia lebih daripada AS$7 bilion (RM32.86 bilion) untuk dibina.

Advertisements

Ia dibina oleh PT KCIC, yang terdiri daripada empat syarikat negara Indonesia dan China Railway International Co.

Ia ditetapkan dengan kos kurang daripada AS$5 bilion (RM23.47 bilion) dan dibina menjelang 2019 tetapi kelewatan disebabkan isu pembinaan dan wabak Covid-19 menyaksikan kos meningkat.

Pihak berkuasa telah menjalankan ujian awam bagi perjalanan berkelajuan tinggi baharu sejauh 142 kilometer sebelum pembukaannya.

Perdana Menteri China, Li Qiang menaiki kereta api bersama menteri kanan Indonesia Luhut Pandjaitan bulan ini dalam lawatannya ke Jakarta untuk beberapa siri sidang kemuncak dengan pemimpin Asia Tenggara.

Pandjaitan memberitahu pemberita Khamis lalu bahawa Jokowi merancang untuk mengalu-alukan Presiden China, Xi Jinping pada masa depan untuk menaiki kereta api itu, tanpa memberikan butiran lanjut. -Agensi

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan