32.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 2, 2022

Kereta api terlanggar kereta di Pelabuhan Johor

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBUAH kereta api milik Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) terlanggar sebuah kereta di Landasan Kilometer 31 berdekatan pintu besar Pelabuhan Johor, Pasir Gudang, semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Mohd Sohaimi Ishak berkata kejadian pada pukul 9.40 pagi itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.

Beliau berkata, kejadian berlaku semasa kereta api dengan 31 wagon yang dipandu seorang lelaki berusia 32 tahun itu sedang dalam perjalanan dari stesen Pasir Gudang menuju ke stesen Pelabuhan Johor.

“Bagaimanapun secara tiba-tiba kereta api itu telah terlanggar sisi hadapan kiri sebuah kereta Perodua Axia yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang dalam perjalanan memasuki pintu utama Pelabuhan Johor,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan itu berpunca daripada kecuaian pemandu kereta terbabit yang tidak perasan dengan pergerakan kereta api di hadapannya, dan kes disiasat di bawah Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Baca juga:   Kapal Dayang Topaz karam, 4 hilang, 1 maut

Terdahulu tular video berdurasi 40 saat di Facebook memaparkan sebuah kereta Perodua Axia bergerak ke arah pintu besar pelabuhan berkenaan dan kemudiannya dilanggar kereta api.- Bernama

Terkini

Aktif dalam pertubuhan belia bantu tambah merit ke IPTA

Oleh MOHD FAUZI FADZIL LAPORAN terbaru yang dibentangkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Datuk Dr. Husaini Omar menunjukkan bahawa...

Lagi Artikel Berkaitan