30.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Leka periksa mesej, terlanggar penunggang basikal

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LEKA memeriksa mesej daripada aplikasi e-hailing di telefon bimbit, sebuah kereta telah terlanggar dua penunggang basikal di Jalan Dengkil, Kota Warisan, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, polis telah menerima laporan berhubung video tular mengenai kejadian tersebut.

“Kejadian jam 7.15 pagi itu dipercayai berlaku kerana pemandu kereta terleka ketika memeriksa mesej daripada aplikasi e-hailing di telefon bimbit.

“Sebelum kejadian, pemandu kereta yang berada di lorong kiri itu sedang dalam perjalanan dari arah Kajang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Ketika sampai di Jalan Dengkil, Kota Warisan, pemandu kereta yang berada di lorong kiri telah terima mesej daripada aplikasi e-hailing di telefon bimbit dan bertindak memeriksa mesej tersebut.

Advertisements

“Bagaimanapun akibat terleka memeriksa mesej daripada aplikasi e-hailing tersebut, pemandu kereta berkenaan telah terlanggar belakang sebuah basikal.

“Akibat pelanggaran tersebut menyebabkan penunggang basikal terlajak ke hadapan, sebelum terlanggar seorang lagi penunggang basikal lain,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Menurutnya, daripada kemalangan tersebut mengakibatkan kereta itu mengalami kerosakan di bahagian bumper dan bonet hadapan, manakala kerosakan penunggang basikal di bahagian tayar serta rim belakang.

Mengulas lanjut, Wan Kamarul berkata, pemandu kereta serta seorang penunggang basikal telah membuat laporan polis dan diambil rakaman percakapan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan