31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

10,052 kes baharu COVID-19, kembali cecah lima angka

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH kes jangkitan baharu COVID-19 negara kembali mencecah lima angka apabila sebanyak 10,052 kes direkodkan semalam, berbanding beberapa hari sebelum ini.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, ia menyumbang kepada sejumlah 4,352,611 kes setakat ini.

Sebanyak 10,031 daripada kes yang dilaporkan adalah penularan tempatan manakala 21 kes import manakala bilangan kes aktif setakat tengah malam tadi adalah sebanyak 120,593.

Sementara itu, menerusi data yang sama melaporkan, seramai 117,465 pesakit COVID-19 kini menjalani isolasi di rumah.

Disusuli 2,599 kes menjalani BN rawatan di hospital dan 367 pesakit dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), seramai 62 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) tetapi tidak memerlukan alat bantuan pernafasan manakala 99 kes di ICU yang memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, sebanyak 22 kematian dilaporkan semalam, dengan enam daripadanya adalah kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Selangor mencatatkan bilangan kematian akibat COVID-19 tertinggi semalam dengan tujuh kematian termasuk satu kes BID.

Ia disusuli masing-masing tiga kematian di Melaka (termasuk dua kes BID) dan Perak; masing-masing dua kematian di Johor, Kedah dan Pahang dan masing-masing satu kematian di Kelantan, Sabah dan Kuala Lumpur, kesemuanya kes BID.

Sementara itu, sebanyak 15,893 kes sembuh dilaporkan semalam menyumbang kepada sejumlah 4,196,656, setakat tengah malam tadi.- Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan