25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

2 juta kenderaan menjelang raya, rancang perjalanan – PLUS

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ORANG ramai diminta merancang perjalanan pulang ke kampung lebih awal bagi mengelakkan mereka terperangkap dalam perjalanan ke destinasi masing-masing sempena Aidilfitri.

Pengarah Urusan Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Azman Ismail berkata, pihaknya menganggarkan jumlah trafik meningkat 25 peratus kepada dua juta kenderaan bermula 29 April hingga 9 Mei ini berbanding 1.6 juta sehari ketika ini.

Katanya, PLUS akan mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dalam tempoh yang terdekat bagi membantu orang ramai merancang perjalanan pergi dan balik ke destinasi masing-masing pada musim perayaan ini.

“Pasukan Operasi Lebuhraya kami juga telah bersiap-siaga dan bersedia membantu orang ramai untuk pulang ke kampung pada cuti perayaan Aidilfitri yang amat dinanti-nantikan tahun ini.

“Ia membabitkan pendekatan holistik yang merangkumi pelbagai aspek termasuklah adaptasi teknologi untuk meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan orang ramai. Pelan persediaan operasi lebuh raya akan diumumkan kemudian,” katanya dalam satu kenyataan.-Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan