28.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 27, 2022

PM ucap selamat menyambut Chithirai Puthandu, Vaisakhi

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Tamil (Chithirai Puthandu) kepada masyarakat Tamil dan Vaisakhi kepada masyarakat Sikh yang menyambut perayaan berkenaan hari ini.

Perdana Menteri dalam satu hantaran di Facebook menyatakan rasa percayanya terhadap sambutan berkenaan atas dasar Keluarga Malaysia bagi mengeratkan lagi hubungan antara etnik di negara ini.

“Persefahaman yang lebih erat dan keharmonian beragama harus dikekalkan dalam kalangan Keluarga Malaysia.

“Apa yang paling penting adalah tentang menghormati antara satu sama lain yang menjadi tunjang kepada konsep Keluarga Malaysia,” katanya, hari ini.

Ismail Sabri turut mengucapkan semoga masyarakat Tamil dan Sikh khasnya dan seluruh Keluarga Malaysia amnya berada dalam keadaan sihat sejahtera sepanjang masa.

“Hari ini juga merupakan masa untuk meraikan permulaan baru bagi meraih kemakmuran,” katanya.

Baca juga:   Sikap toleransi dapat elak perbalahan merugikan - PM

-EDISI9

Terkini

Isytihar BN musuh utama serlah ketidaksepakatan PN?

RAMAI yang agak terkejut dengan tindakan Muhyiddin Yassin mengumumkan secara terbuka bahawa Barisan Nasional (BN) sebagai musuh utama Perikatan...

Lagi Artikel Berkaitan