30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Puad tawar diri beli lukisan Parlimen beruk, katak

Tidak akan dijual lagi tetapi diserahkan kepada Muzium Negara untuk dipamerkan kepada orang awam

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi menawarkan diri untuk membeli lukisan beruk dan katak di dalam Dewan Rakyat milik Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah jika baginda berkenan melelongnya suatu hari nanti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu berkata, sekiranya karya itu menjadi miliknya, lukisan itu tidak akan dijual lagi.

“Saya sedia membeli lukisan Parlimen beruk dan katak jika Sultan Selangor satu hari nanti, mahu melelongnya.

“Jika lukisan itu milik saya, ia tidak akan dijual lagi. Saya akan hadiahkan kepada Muzium Negara untuk dipamerkan kepada orang awam,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Selasa lalu, Selangor Royal Office berkongsikan tentang sebuah karya senia yang memaparkan kaum beruk dan katak bersidang dalam Dewan Rakyat menarik perhatian Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

DR MOHD PUAD ZARKASHI

”Sebaik melihatnya, baginda berkenan untuk membeli karya lukisan itu dan menggantungnya di private study room baginda.

Advertisements

“Satu hari nanti, baginda berhasrat untuk melelong lukisan ini dan hasil lelongannya akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan,” katanya.

Lukisan itu menunjukkan situasi sama seperti di Dewan Rakyat yang mana terdapat seorang lelaki berpakaian seperti Speaker duduk di tempatnya dengan dua lagi individu berada duduk di hadapannya.

Sementara itu, di kiri dan kanan tempat duduk pula kelihatan sekumpulan beruk serta katak dengan pelbagai aksi.

Tiada maklumat lanjut berkaitan pelukis dan nama karya satira itu dinyatakan dalam kenyataan Selangor Royal Office.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan