29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Sultan Selangor beli lukisan unik, papar ‘watak’ di Dewan Rakyat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj membeli sebuah karya seni lukisan berkaitan senario di Dewan Rakyat yang menarik perhatian baginda.

Selangor Royal Office dalam hantaran di laman Facebook memaklumkan, Sultan Sharafuddin berhasrat menggantung lukisan tersebut di bilik bacaan peribadi baginda.

“Sebuah hasil karya seni lukisan telah menarik perhatian Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

“Satu hari nanti, baginda berhasrat untuk melelong lukisan ini dan hasil lelongannya akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan,” demikian menurut hantaran tersebut.

Karya seni yang penuh keunikan itu dilihat mempunyai maksud tersirat seolah-olah menggambarkan realiti secara sinis gelagat Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Sultan Sharafuddin turut kelihatan merenung lakaran karya tersebut, yang antaranya memaparkan individu yang dipercayai memegang jawatan sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat sedang mengendalikan sidang.

Uniknya, lakaran seni menggambarkan pelbagai spesis monyet seperti Orang Utan, beruk, kera, babun serta beberapa ekor katak yang berada di kedudukan kiri dan kanan Dewan Rakyat.

Dapat dilihat menerusi watak haiwan di dalam seni lukisan itu dizahirkan dengan beberapa reaksi seperti ketawa, mengantuk serta ‘kelesuan’.-Edisi 9

Terkini

Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan

Oleh AZRIL MOHD AMIN DALAM tindakan terbaharu kedegilan diplomatik, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya untuk menggagalkan resolusi yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan