31.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 27, 2022

Nicky mengaku tidak bersalah, pengubahan wang haram

Nicky dibenarkan ikat jamin RM1 juta dengan dua penjamin beserta syarat-syarat tambahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI perniagaan Nicky Liow Soon Hee atau dikenali sebagai Nicky mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam di sini atas 26 pertuduhan terlibat dalam pengubahan wang haram dan memiliki wang hasil sama bernilai RM36 juta enam tahun lalu.

Pengakuan itu dibuat Nicky, 34 selepas kesemua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Helina Sulaiman.

Berdasarkan kerta pertuduhan, mengikut pertuduhan pertama hingga ke 24, tertuduh dan tiga buah syarikat didakwa secara langsung melibatkan diri dalam transaksi daripada aktiviti wang haram.

Sementara bagi pertuduhan ke-25 dan ke-26 tertuduh didakwa memiliki wang hasil daripada aktiviti sama yang mana kesemua jumlah itu membabitkan RM36 juta.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank cawangan Bandar Puteri Puchong dan Maybank cawangan Bandar Ampang, Selangor antara 2016 hingga 2021.

Baca juga:   Tak elok gelar sesiapa pun 'pelacur' - Najib

Bagi kesemua pertuduhan itu pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) dan 41(1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Sekiranya didapati bersalah boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Rozaliana Zakaria tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh berikutan pertuduhan tersebut tidak boleh dijamin selain risiko tertuduh melarikan diri.

Sementara itu seorang lagi Timbalan Pendakwa Raya Noor Zalizan Lazarous mencadangkan sekiranya tertuduh dibenarkan ikat jamin, pihak pendakwaan mencadangkan RM3.6 juta beserta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman setiap dua minggu sekali dan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Baca juga:   20 awak-awak, jurumudi ditahan positif dadah

Bagaimanapun peguam Datuk Rajpal Singh memohon supaya tertuduh diikat jamin dengan alasan anak guamnya tiada risiko untuk melarikan diri.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak mahkamah membenarkan Nicky diikat jamin RM1 juta dengan dua penjamin beserta syarat-syarat tambahan seperti yang dicadangkan pihak pendakwaan iaitu melapor diri di JSJK dua minggu sekali dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 26 Mei depan. – Edisi 9

Terkini

Kabinet lulus 90.5 peratus, laksana hanya 23.2 peratus – Muhyiddin

KABINET hanya dapat melaksanakan 16 perakuan utama atau 23.2 peratus berkaitan inisiatif-inisiatif yang berorientasikan tindakan (action-oriented) dan segera (immediate)...

Lagi Artikel Berkaitan