26.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Indonesia sambung operasi cari penyelam remaja, Nathan Renze

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AGENSI mencari dan menyelamat Indonesia meneruskan pencarian operasi bagi mengesan penyelam remaja warga Belanda, Nathan Renze Chesters yang dikatakan telah meninggal dunia selepas hilang di perairan Lagoi, Bintan, Kepulauan Riau.

Nathan, 14, antara empat orang yang dilaporkan hilang di perairan Pulau Tokong Sanggol, kira-kira sembilan batu nautika dari Tanjung Leman, Mersing, Rabu lepas.

Bapanya, Adrian Peter Chesters, 46, warga Britain yang turut terbabit dalam insiden berkenaan sebelum ditemukan selamat berkata anaknya itu telah meninggal dunia kerana tidak mampu bertahan di laut.

Bagaimanapun, Ketua Polis Mersing Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, buat masa ini nasib Nathan masih belum diketahui dan pihaknya masih menganggap mangsa hilang sehingga ditemui.

Ketua Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Tanjungpinang, Slamet Riyadi dilaporkan media tempatan pada Isnin sebagai berkata Maritim Malaysia memohon bantuan meneruskan pemantauan dan pencarian.

Operasi itu kini dijalankan pasukan gabungan termasuk Tentera Laut Indonesia, Badan Keselamatan Laut, Polis Laut Riau dan Persatuan Nelayan Bintan, katanya.

Warga Norway Kristine Grodem, 35, yang juga jurulatih selam, ditemui selamat pada Khamis lepas dengan Adrian dan Alexia Alexandra Molina, 18, warga Perancis, pula dijumpai pada Sabtu di perairan Indonesia. – Bernama

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan